AMPANG: Jenazah penyanyi dan pelakon popular era 1970-an, Allahyarham Datuk Hail Amir selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana di sini, pada jam 11 pagi tadi.

Pengebumian itu berjalan lancar dengan dihadiri kira-kira 200 ahli keluarga saudara terdekat serta kenalan Allahyarham.

Turut kelihatan di tanah perkuburan antaranya pengarah Datuk Yusof Haslam, penyanyi Yusni Hamid, Datuk DJ Dave, pelakon Abon dan ramai rakan seperjuangan Allahyarham pada era 70-an.

Anak akan rindu nyanyian 'live' Hail Amir

Terdahulu, jenazah tiba di tanah perkuburan itu pada 10.45 pagi selepas disolatkan di Masjid Ukay Perdana.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat jangkitan kuman pada paru-paru pukul 3.40 petang semalam.